Dia Kekasih Kita..  

Wednesday, February 23, 2005

Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
tiada selain dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun
akan tetapi..
dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun

“Ya Tuhanku! tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-MU

supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-mu.”

“Jika aku menyembah-MU kerana takut daripada api neraka-MU
maka bakarlah aku di dalamnya! dan jika aku menyembah-MU
kerana tamak kepada syurga-MU maka haramkanlah aku daripadanya!
tetapi jika aku menyembah-MU kerana kecintaanku kepada-MU
maka berikanlah aku balasan yang besar,
berilah aku melihat wajah-MU yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

“Ya ALLAH! ampunilah aku.
sesungguhnya hanya engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
hanya kasih-MU yang abadi dan hanya hidup di sisi-MU sahaja yang berkekalan.
selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

AddThis Social Bookmark Button


Kasih Sayang 4JJI  

Friday, January 28, 2005

Sahabat,

JIka engkau memandang segalanya dari ALLAH,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakitnya hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusah-nyusahkan kehidupanmu,
pasti akan damailah hatimu

Kerana..
masakan ALLAH sengaja mentaqdirkan
segalanya untuk suatu yang sia-sia..

Bukan ALLAH tidak tahu akan derita hidupmu,
pecahnya hatimu...
tapi mungkin untuk menguji
sedalam mana pengorbananmu untukNYA..

Juga kerana DIA tahu,
hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak,
dan lebih mudah akrab denganNYA..



AddThis Social Bookmark Button


 

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jua Kita Akan Kembali Itulah Hakikat